Dalam sehari kita ada 24 jam tetapi ramai pelajar yang tidak dapat memanfaatkan masa itu dengan sebaiknya. Bayangkan, kalau masa itu kita sia-sia kan dan tidak diuruskan dengan kemas? Pasti kita akan tergolong dalam kelompok yang rugi. Masa umpama emas. Hidup kita juga terikat dengan sesuatu tempoh dan kita perlu memanfaatkan masa yang diberi sebaik mungkin dengan amal ibadah dan sebagainya. Kami di SIG ingin berkongsi tentang cara pengurusan masa salah seorang individu yang telah kami wawancara.
Untuk pengetahuan anda, individu yang kami wawancara ini bernama Amzar Arif bin Abdul Jalil, seorang bekas pelajar sains tulen sekolah kami, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar. Beliau memperoleh keputusan SPM yang cemerlang dalam kesemua subjek yang diambilnya. Kini beliau menuntut di Negeri Sembilan, membuat persediaan dalam bidang ke-doktoran sebelum diterbangkan ke India.
Bagi mereka yang bukan Islam dan ingin mencontohi masa pengurusan ini terutamanya ketika qiamullail dan waktu solat itu, anda boleh menggantikannya dengan aktiviti bermanfaat yang lain seperti membaca buku, bersukan dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil waktu itu untuk melakukan hobi anda seperti melukis, bermain alat muzik dan bermacam lagi yang tidak keterlaluan kerana kami di SIG berpendapat hobi itu mampu menghilangkan tekanan yang biasanya dihadapi oleh pelajar. Sekian.
"Jika kamu tidak merancang untuk kejayaan, kamu sebenarnya merancang kegagalan."
Lina Najihah.
6 comments:
Terime kasih atas perkongsian jadual belajar hujung minggu itu.harap pihak SIG mampu keluarkan lagi post yang membantu pelajar skolah untuk terus maju ke hadapan.semoge sukses!
banyaknye asik belajar je,hebat btul orang tu bace buku. ptutlahhhh berjaye . . .
Target spm sekali je seumur hidup.... do te best. ...
sama-sama, kami hanya berkongsi. dan inshaAllah kami di SIG akan kemas kini lagi entri kami dengan tajuk-tajuk yang lebih menarik dan dapat membantu para pelajar di luar sana.
PENGURUSAN MASA SANGAT PENTING, 24 JAM SEHARI YANG ALLAH beri kepada hambaNya seharusnya digunakan sebaiknya supaya hidup ini penuh bermakna. 8 JAM REHAT/TIDUR; 8 JAM MENCARI ILMU/BELAJAR 8 JAM BERMUNAJAT/KEPERLUAN DIRI.
all the best, Najihah and the team! semoga terus sukses!
Post a Comment