Tuesday, 5 August 2014

Salam Perkenalan.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca yang kelaparan dan kehausan ilmu di luar sana. Kami di SIG mengucapkan jutaan tahniah kepada anda yang telah berjaya menemui laman kecil kami yang tidak seberapa ini. Semoga pertemuan kita pada detik ini berpanjangan sampai bila-bila (inshaAllah), kerana di sini kami akan menyajikan pelbagai cabang ilmu yang mungkin serba-sedikit boleh membantu anda dalam akademik, seperti ilmu Sains, Bahasa, Agama dan pelbagai lagi. Kami juga menyertakan beberapa tips belajar yang menarik untuk anda guna pakai sekiranya anda mengalami sebarang kebuntuan dalam menentukan cara belajar yang efektif. Apa tunggu lagi? Klik sahaja butang 'Follow' itu untuk bertemu janji dengan kami.

Laman ini dikendalikan oleh kami berempat iaitu, Muhammad Iqmal Daniel bin Abdul Halem, Muhammad Saufi bin Mazlan, Lina Najihah binti Shamsul Kamar dan Nur 'Afina Yasmin Rosly yang merupakan pelajar Tingkatan 4 Sains 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar, Ledang, Johor. Meskipun kami baru sahaja mencecah usia 16 tahun, ianya tetap tidak menghalang kami untuk mengeluarkan peluh bakti untuk masyarakat walaupun setitik kerana kami tahu usia hanya lah sekadar nombor. Lagipun, kami tidak mahu berjaya seorang. Kami mahu ramai-ramai berjaya, baru lah generasi muda kini lebih mantap dan sesuai menjadi pemimpin pada masa kelak. Sudah tentu anda semua tidak mahu dipimpin oleh seorang pemimpin yang pencapaian akademiknya teruk, bukan? Fikir-fikirkan lah ya, kawan. Anda mampu mengubahnya!

Jangan malu, jangan segan dan tidak perlu lah berfikir panjang kerana pintu kami memang senantiasa terbuka untuk anda semua masuk dan mengembara ke laman kami. Kongsikan juga URL laman ini kepada rakan-rakan anda di luar sana yang juga mungkin memerlukan khidmat kami. Beribu penghargaan kami salurkan sekiranya anda berbuat demikian kerana dengan cara itu lah dapat membantu kami meraih lebih ramai lagi pengikut supaya manfaat laman ini dapat dikongsi bersama. Ingat, "muafakat itu membawa berkat".

Setakat ini sahaja lah tinta kami kali ini. Sekiranya anda ingin mengenali kami dengan lebih dekat, anda boleh layari laman Twitter berikut;

Iqmal Daniel - Klik sini

Saufi - Klik sini

Lina Najihah - Klik sini

'Afina Yasmin - Klik sini

"Ingatlah, tiada kejayaan datang sebelum kegagalan,"

Yasmin Rosly.

4 comments:

Unknown said...

Mana nk klik follow. ? Xjmp pn button follow. ...

SIG said...

buka guna handset ke? kalau guna handset, 'scroll' sampai ke bawah sekali ada dia tulis "view in web version". klik tu then awak akan nampak butang 'follow' dekat atas sebelah kanan. terima kasih!

Unknown said...

Good job; kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa diringi usaha dan doa. Moga-moga usaha iqmal, saufi, lina & 'Afina akan berjaya.

SIG said...

terima kasih, cikgu!